Thursday 13 October 2016

Banyak atau Ramai ?

Banyak atau ramai orang? Satu permasalahan yang perlu dirungkaikan.

Suatu ketika dahulu, guru-guru Bahasa Melayu sering memberitahu murid-murid mereka tentang prinsio yang berasaskan kelaziman penggunaan kedua-dua kata bilangan ini dengan betul. Munsyi masih teringat akan pesanan guru Bahasa Melayu ketika Munsyi bersekolah rendah yang menegaskan bahawa kata adjektif "ramai" hanya digunakan untuk manusia sahaja. Manakala kata adjektif "banyak" hanya digunakan untuk menunjukkan bilangan benda, perkara atau haiwan. Oleh itu, jika "banyak" digunakan untuk merujuk manusia, hal ini dianggap telah menyalahi prinsip atau hukum tatabahasa. Apabila penggunaan seperti itu menjadi suatu kelaziman, maka masyarakat akan menerimanya sebagai betul.

Dalam hal ini Munsyi kurang bersetuju dengan pendapat ini. Hal ini demikian kerana pemakaian kata "banyak" pada manusia boleh ditemukan dalam buku-buku hikayat dan puisi Melayu tradisional. Dalam pantun Melayu, misalnya, kata "banyak" digunakan untuk merujuk kepada manusia seperti dalam contoh yang berikut :

(a)  Banyak udang banyak garam,
       Banyak orang banyak ragam.
                (Persuratan Melayu Lama)

(b) Sungguh banyak beraturnya gajah,
        Rama-rama bertali sutera,
    Sungguhpun banyak anak raja,
       Tidak sama dengan Inderaputera.
              (Hikayat Inderaputera)

Hal yang sama juga ditemukan dalam beberapa buah hikayat Melayu Lama seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Malaim Deman, dan Sejarah Melayu seperti dalam contoh yang tersenarai di bawah :

(a)  "Maka meafakatlah Megat Sekandar dengan segala orang yang banyak serta dengan dia hendak merajakan Merah Silu itu.
               (Hikayat Raja Pasai :11)

(b)  "Hatta di dalam hal yang demikian itu, orang besar-besar, rakyat, tentera Tuanku Malim Deman pun banyaklah hilang ..."
              (Hikayat Malim Deman:17)

Untuk membuktikan bahawa kata "banyak" sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan manusia, Munsyi berpegang kepada makna yang terdapat dalam Kamus Dewan (2005:127)

1.  Bukan sedikit, tidak sedikit
contoh : Banyak orang yang mempunyai cita-cita tinggi.

2. bilangan, jumlah
contoh: Beberapa banyak hadiah yang kauterima daripada mereka?

3. sangat, sungguh
contoh : Banyak sungguh peminat yang menonton persembahan artis-artis terkenal di Stadium Nasional malam tadi.

Manakala kata "ramai" dalam Kamus Dewan (2005:1275) mendukung makna-makna seperti yang berikut :

1.  riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara dll)

2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian dll.)
contoh : Maka berperangilah Temenggong Seri Udana dengan Feringgi terlalaulah ramai.

3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira
contoh : Emak Ramli hanya ramai dalam hati sahaja.

4. aktif, giat, sibuk
contoh : Setelah meleset beberapa lama, pasaran getah ramai kembali.

5. banyak penghuninya (penduduknya)
contoh : Zaman ini negeri Siak ramai.

Satu lagi bukti kata "banyak" digunakan untuk manusia adalah seperti makna dalam ayat-ayat berikut :

(a)  Kebanyakan pelajar sekolah kini mahir menggunakan komputer.
(b)  Kajian mendapati kebanyakan guru di sekolah pada hari ini terdiri daripada golongan wanita.

Jika kata "ramai" yang dianggap khusus digunakan untuk merujuk manusia, cubalah gantikan kata "kebanyakan" dalam ayat-ayat di atas dengan "keramaian", misalnya :

(a) Keramaian pelajar sekolah kini mahir menggunakan komputer.
(b) Kajian mendapati keramaian guru di sekolah pada hari ini terdiri daripada golongan wanita.

Pemakaian "keramaian" dalam ayat-ayat di atas akan menyebabkan kita berasa janggal. Dengan merujuk kepada Kamus Dewan (2005:1275), Munsyi dapati makna bagi kata "keramaian" ialah perihal ramai (riuh-rendah), perayaan, pesta. Kata tersebut tidak menggambarkan jumlah orang tetapi suasana riuh-rendah dalam sesuatu pesta.

Berdasarkan huraian di atas, Munsyi optimis bahawa kata "banyak" mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan, tidak kira untuk manusia, benda atau binatang sementara kata "ramai" lebih merujuk kepada suasana. Oleh itu, Munsyi ingin menegaskan sekali lagi tidaklah menjadi kesalahan kata "banyak" digunakan untuk manusia seperti anggapan sesetengah pengguna bahasa. Semoga dengan penjelasan berserta contoh yang sesuai, tidak akan lagi menimbulkan sebarang kekeliruan terhadap penggunaan kata "banyak" atau "ramai" dalam apa jua wahana penyampaian.

"Pelantikan" atau "Perlantikan" ? Kekeliruan yang perlu dirungkaikan

Banyak rakan sekerja bertanya kepada saya tentang  yang  manakah yang betul, “pelantikan” atau “perlantikan”? Hal ini demikian kerana terdapat dalam sesetengah surat yang dimajukan oleh pihak institut kepada pensyarah menggunakan ejaan yang berbeza pada perkataan ini. Sehubungan dengan itu, mereka meminta saya merungkaikan kekeliruan ini dengan huraian yang berlandaskan kepada prinsip dan hokum tatabahasa
Persoalan pokok dalam hal ini adalah tentang penggunaan sama ada apitan “peN…an atau “per…an” dalam kedua-dua perkataan tersebut. Jkalau didasarkan enggunaannya, Munsyi mendapati masih banyak orang yang keliru dan menggunakan bentuk yang salah.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua apitan yang masing-masing membentuk kata nama dan yang penggunaannya mengelirukan. Apitan-apitan tersebut ialah “peN…an” dan “per…an” seperti dalam perkataan pemberian, pendakian, perselisihan, dan pergolakan..Dua contoh yang pertama, iaitu pemberian dan pendakian dibentuk dengan apitan “peN…an”, sementara dua bentuk yang terakhir, iaitu perselisihan dan pergolakan terbentuk dengan apitan “per…an”.
Untuk makluman pembaca, bentuk perkataan-perkataan ini dan imbuhan yang digunakan adalah mengikut peraturan yang mesti kita fahami utuk memperjelas kekeiruan ini. Kunci kepada persoalan ini adalah dengan melihat kepada kata dasar perkataan sama ada menerima “meN/meN…kan” atau awalan “ber…”. Bagi kata dasar “beri” dan “daki”, awalan yang diterimanya ialah “meN…”. Oleh itu kata baharu yang terbentuk selepas menerima awalan tersebt ialah memberi dan mendaki. Bagi ata dasar “selisih” dan “golak” pula,, awalaan yang diterima ialah “ber…” menjadikannya berselisih i dan bergolak.
Seterusnya, bagi kata dasar yang menerima awalan “meN…”, bentuk apitan yang boleh diterimanya ialah “peN…an” yang membentuk kata baharu pemberian dan pendakian. Kedua-dua kata dasar ini tidak menerima awalan “ber…”. Oleh sebab itu tidak wujud gabungan kata dasar ini dengan apitan “per…an”, seperti perberian atau perdakian.
Sebaliknya, kata dasar “selisih” dan “goak” yang menerima awalan “ber…” akan menerima apitan “per…an”, membentuk kata baharu perselisihan dan pergolakan. Hal ini demikian kerana kedua-dua kata dasar ini tidak pernah hadir dengan awalan “meN…”, yakni tidak ada menyelisih dan menggolak.  Oleh itu, tidak akan terbentuk kata penyelisihan danpenggolakan.
Demikian jugalah dengan perkataan “lantik” dan “laksana”. Kedua-dua kata dasar ini menerima awalan “men…”, iaitu melantik dan melaksanakan. Oleh itu, apitan yang diterima ialah “pen…an” yang membentuk kata baharu pelantikan dan pelaksanaan. Sehubungan dengan itu, tidak ada bentuk “berlantik” dan “berlaksana” setelah diimbuhkan dengan awalan “ber…”, maka tidak sepatutnya terbentuk perkataan perlantikan danperlaksanaan.
Dengan kata lain, penggunaan perkataan “perlantikan” dan “perlaksanaan” sebenarnya adalah salah dari segi pemakaian imbuhan.
Selepas ini, Munsyi berharap agar para pembaca tidak lagi menghadapi persoalan untuk memilih “pelantikan” dan bukannya “perlantikan” atau “pelaksanaan” dan bukannya “perlaksanaan”. Selamat mencuba.

Banyak atau Ramai ?

Banyak atau ramai orang? Satu permasalahan yang perlu dirungkaikan.


Suatu ketika dahulu, guru-guru Bahasa Melayu sering memberitahu murid-murid mereka tentang prinsio yang berasaskan kelaziman penggunaan kedua-dua kata bilangan ini dengan betul. Munsyi masih teringat akan pesanan guru Bahasa Melayu ketika Munsyi bersekolah rendah yang menegaskan bahawa kata adjektif "ramai" hanya digunakan untuk manusia sahaja. Manakala kata adjektif "banyak" hanya digunakan untuk menunjukkan bilangan benda, perkara atau haiwan. Oleh itu, jika "banyak" digunakan untuk merujuk manusia, hal ini dianggap telah menyalahi prinsip atau hukum tatabahasa. Apabila penggunaan seperti itu menjadi suatu kelaziman, maka masyarakat akan menerimanya sebagai betul.

Dalam hal ini Munsyi kurang bersetuju dengan pendapat ini. Hal ini demikian kerana pemakaian kata "banyak" pada manusia boleh ditemukan dalam buku-buku hikayat dan puisi Melayu tradisional. Dalam pantun Melayu, misalnya, kata "banyak" digunakan untuk merujuk kepada manusia seperti dalam contoh yang berikut :

(a)  Banyak udang banyak garam,
       Banyak orang banyak ragam.
                (Persuratan Melayu Lama)

(b) Sungguh banyak beraturnya gajah,
        Rama-rama bertali sutera,
    Sungguhpun banyak anak raja,
       Tidak sama dengan Inderaputera.
              (Hikayat Inderaputera)

Hal yang sama juga ditemukan dalam beberapa buah hikayat Melayu Lama seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Malaim Deman, dan Sejarah Melayu seperti dalam contoh yang tersenarai di bawah :

(a)  "Maka meafakatlah Megat Sekandar dengan segala orang yang banyak serta dengan dia hendak merajakan Merah Silu itu.
               (Hikayat Raja Pasai :11)

(b)  "Hatta di dalam hal yang demikian itu, orang besar-besar, rakyat, tentera Tuanku Malim Deman pun banyaklah hilang ..."
              (Hikayat Malim Deman:17)

Untuk membuktikan bahawa kata "banyak" sesuai digunakan untuk menunjukkan bilangan manusia, Munsyi berpegang kepada makna yang terdapat dalam Kamus Dewan (2005:127)

1.  Bukan sedikit, tidak sedikit
contoh : Banyak orang yang mempunyai cita-cita tinggi.

2. bilangan, jumlah
contoh: Beberapa banyak hadiah yang kauterima daripada mereka?

3. sangat, sungguh
contoh : Banyak sungguh peminat yang menonton persembahan artis-artis terkenal di Stadium Nasional malam tadi.

Manakala kata "ramai" dalam Kamus Dewan (2005:1275) mendukung makna-makna seperti yang berikut :

1.  riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara dll)

2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian dll.)
contoh : Maka berperangilah Temenggong Seri Udana dengan Feringgi terlalaulah ramai.

3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira
contoh : Emak Ramli hanya ramai dalam hati sahaja.

4. aktif, giat, sibuk
contoh : Setelah meleset beberapa lama, pasaran getah ramai kembali.

5. banyak penghuninya (penduduknya)
contoh : Zaman ini negeri Siak ramai.

Satu lagi bukti kata "banyak" digunakan untuk manusia adalah seperti makna dalam ayat-ayat berikut :

(a)  Kebanyakan pelajar sekolah kini mahir menggunakan komputer.
(b)  Kajian mendapati kebanyakan guru di sekolah pada hari ini terdiri daripada golongan wanita.

Jika kata "ramai" yang dianggap khusus digunakan untuk merujuk manusia, cubalah gantikan kata "kebanyakan" dalam ayat-ayat di atas dengan "keramaian", misalnya :

(a) Keramaian pelajar sekolah kini mahir menggunakan komputer.
(b) Kajian mendapati keramaian guru di sekolah pada hari ini terdiri daripada golongan wanita.

Pemakaian "keramaian" dalam ayat-ayat di atas akan menyebabkan kita berasa janggal. Dengan merujuk kepada Kamus Dewan (2005:1275), Munsyi dapati makna bagi kata "keramaian" ialah perihal ramai (riuh-rendah), perayaan, pesta. Kata tersebut tidak menggambarkan jumlah orang tetapi suasana riuh-rendah dalam sesuatu pesta.

Berdasarkan huraian di atas, Munsyi optimis bahawa kata "banyak" mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan, tidak kira untuk manusia, benda atau binatang sementara kata "ramai" lebih merujuk kepada suasana. Oleh itu, Munsyi ingin menegaskan sekali lagi tidaklah menjadi kesalahan kata "banyak" digunakan untuk manusia seperti anggapan sesetengah pengguna bahasa. Semoga dengan penjelasan berserta contoh yang sesuai, tidak akan lagi menimbulkan sebarang kekeliruan terhadap penggunaan kata "banyak" atau "ramai" dalam apa jua wahana penyampaian.

KATA MAJMUK

Sering kali apabila menatap buku-buku program yang diedarkan dalam majlis-majlis rasmi yang diadakan, Munsyi dapati terdapat kesilapan ejaan pada sesetengah kata majmuk, misalnya "urusetia", "aturcara", "tengahari" dan sebagainya. Hal yang sama juga, Munsyi dapati para pelajar melakukan kesilapan apabila mengeja perkataan-perkataaan seperti "bandaraya", "lebuhraya", "gambarajah", dan beberapa perkataan lain. Oleh itu, melalui medium ini Munsyi akan perturunkan cara mengeja kata-kata majmuk dengan betul seperti yang disarankan dalam buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan kepada pengguna bahasa Melayu.

Menurut buku Tatabahas Dewan (2004), terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh walaupun bentuk kata-kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Yang berikut ialah contoh kata-kata majmuk mantap.

antarabangsa
setiausaha
beritahu
sukarela
bumiputera
suruhanjaya
jawatankuasa
tandatangan
kakitangan
tanggungjawab
kerjasama
warganegara
olahraga
pesuruhjaya
matahari

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan, terdapat sejumlah perkataan yang tergolong 
sebagai kata yang lazimnya dieja sebagai satu perkataan. Misalnya :

Kata nama : peribadi, peribahasa, hulubalang, dinihari, perikemanusiaan

Kata adjektif : sukacita, dukacita

Kata sendi nama : kepada, daripada

Kata hubung : apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apabila, walhal

Selain itu, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok seperti yang berikut :

(a)  kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
       Contoh :  gambara rajah, alat tulis, biru laut, bandara raya, air hujan, tengah hari, jalan raya, jam tangan, nasi minyak, meja tulis, terima kasih, bom tangan, luar biasa, kapal terbang, merah muda, kuning langsat

(b) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
       Contoh : model linear, hak milik, garis pusat, mata pelajaran, pita suara, lesung sendi, darah panas, kanta tangan, kertas kerja, atur cara, urus setia

(c)  kata majmuk yang mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)
       Contoh : kaki ayam, anak emas, buah hati, bulan madu, makan angin, berat tangan

Munsyi berharap agar dengan panduan yang diberikan , para pengguna dan penggiat bahasa dapat menggunakan kata-kata majmuk dengan betul dalam penulisan pada masa-masa akan datang.

Bahasa rojak.Tanggungjawab siapa ?

Isu bahasa rojak yang menjadi polemik di dada akhbar tempatan sejak kebelakangan ini menarik perhatian Munsyi untuk memberi pandangan peribadi sebagai pengajar dan pencinta bahasa Melayu yang sentiasa berusaha mengangkat martabatnya ke tahap yang tinggi. Hal ini bukanlah bermakna Munsyi seorang yang begitu fanatik terhadap bahasa ini. Cuma sudah menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan tidak berlaku pencabulan bahasa secara sewenang-wenang oleh pengguna yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu sendiri. Munsyi amat menyetujui pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad (Allahyarham) yang dengan berani menyatakan bangsa Melayu bertanggungjawab memusnahkan bahasa ibunda sendiri (Utusan Malaysia, 7 Mei 2004). Beliau melahirkan kebimbangannya dengan menyatakan bahawa masalah yang lebih besar dan nampak semakin gawat ialah masalah penggunaan bahasa rojak dan bahasa tidak baku di media elektronik yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak berwajib. Jika tidak, beliau yakin suatu hari nanti bangsa Melayu tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan cekap sebagai alat pemikiran dan tamadun bangsa.

Ternyata kebimbangan Datuk Dr. Hassan menjadi kenyataaan yang menakutkan. Ketiadaan jalan penyelesaian yang benar-benar berkesan menjadikan isu penggunaan istilah asing dan bahasa rojak kembali diperkatakan. Seorang lagi pejuang bahasa, Datuk Dr. Rais Yatim dengan tegas menyatakan penggunaan bahasa Melayu kini semakin luntur disebabkan sikap tidak prihatin masyarakat yang merosakkannya dengan menggunakan bahasa rojak (Utusan Malaysia, 27 April : 2004).

Seterusnya, beliau dengan nada sinis menegaskan golongan ini tidak sedar tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara. Beliau juga melahirkan kebimbangan apabila melihat semakin ramai rakyat negara ini yang tidak tahu menuturkan bahasa Melayu dengan betul> hal seperti ini katanya, disebabkan mereka tidak diwariskan menggunakan lunas yang betul dan menggunakan campuran bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.

Beliau juga menyatakan penggunaan istilah asing dan bahasa rojak kini umpama penyakit berjangkit yang menular ke pelbagai sektor termasuk kakitangan kerajaan yang enggan mendaulatkan bahasa rasmi negara sendiri. Oleh itu, beliau mengharapkan bahasa Melayu harus dijamin agar tidak tercabul dan keadaan serta keutuhannya dihormati oleh semua generasi. Atas kesedaran ini, katanya, kementerian yang beliau terajui kini akan mengadakan pelbagai program bimbingan budaya bahasa untuk mengembalikan dan melindungi bahasa Melayu sebagai warisan negara.

Lebih memburukkan keadaan apabila isu penggunaan bahasa rojak dalam lirik lagu Melayu yang mendapat perhatian umum ekoran pengharaman beberapa buah lagu. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dengan menjadi DBP sebagai panduan telah bertindak tegas dengan mengharamkan penyiaran lagu-lagu tersebut dengan alasan tahap bahasa Melayu yang diguna RTM sering menjadi panduan oleh pelbagai pihak. Datuk A. Aziz Deraman (mantan Ketua Pengarah DBP) menyatakan bahasa rojak dalam lirik lagu Melayu bukan setakat merendahkan martabat bahasa kebangsaan itu, malah akan menyebabkan bangsa Malaysia kehilangan identiti bahasa dan budaya (Utusan Malaysia, 7 Mei 2004). Hal ini demikian kerana lagu ialah satu daripada kaedah berbahasa dan ia harus digunakan sebagai wadah mengungkapkan fikiran dan budaya bangsa Malaysia.

Persoalannya ialah mengapakah setelah 55 tahun merdeka, masih berlaku fenomena seperti ini? Mengapakah bahasa Melayu masih dibayangi bahasa Inggeris? Malah dicemari pula dengan penggunaan bahasa Melayu rojak? Munsyi berpendapat fenomena seperti ini berpunca daripada sikap dan pemikiran rakyat Malaysia sendiri yang terpengaruh dengan dunia antarabangsa yang berpendapat sesuatu dari barat itu adalah yang terbaik, dipandang tinggi, berkualiti, dan terkini. Kesan jangka panjang akan menyebabkan tenggelamnya penggunaan bahasa Melayu yang betul.Senario di Malaysia jelas menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia lebih berbangga bertutur dalam bahasa Inggeris daripada bertutur dalam bahasa ibunda mereka tatkala berbicara dalam majlis formal atau tidak formal. Jika berbahasa Melayu sekalipun jelas penggunaan bahasa rojak menjadi wahana utama tanpa sebarang perasaan segan silu kepada masyarakat lain yang bukan penutur jatinya.

Oleh itu, jika kita tidak mahu melihat bahasa Melayu diperlekehkan oleh bangsanya sendiri, seharusnya pelbagai langkah difikirkan oleh setiap warga Malaysia. DBP tidak harus dibiarkan bersendirian dalam usaha untuk mendaulatkan dan mengembangkan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kuasa yang diberi kepada DBP untuk menegur, membimbing, dan menasihati mana-mana pihak menggunakan bahasa Melayu yang betul umpama "harimau tanpa taring". Munsyi yakin setakat mewarisi kuasa menegur penggunaan istilah asing atau bahasa rojak dalam kalangan rakyat negara yang mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pasti tiada siapa akan memperdulikan peranan DBP. Hal ini demikian kerana kuasa menegur tanpa disusuli penguatkuasaan undang-undang yang mampu menyekat sipesalah mengulangi kesilapan, sama seperti DBP tidak berbuat apa-apa. Jelas jika bahasa Melayu tidak lagi didukung oleh rakyat dan penggunaan secara bersungguh-sungguh, penulis yakin bahasa itu lambat-laun akan luputditelan zaman seperti mana nasib yang menimpa bahasa Sanskrit, Yunan Tua, dan Latin. Pesoalannya sekarang adakah kita sebagai pemiliknya sanggup kehilangan bahasa yang merupakan identitui kita sejak sekian lama? Tepuk dada tanya selera.

Tentang atau Mengenai ?

Tentang ATAU Mengenai : penggunaan yang sering mengelirukan?

Semasa mengedit soalan-soalan peperiksaan semester 2 yang disediakan oleh pensyarah Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Munsyi mendapati kesalahan penggunaan kata sendi "tentang" dan kata kerja "mengenai". Hal ini demikian kerana kata "mengenai" telah digunakan secara meluas dalam kalangan pengguna bahasa yang menganggap kata ini membawa maksud "tentang". 
Mengikut buku Tatabahasa Dewan (2005) kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Misalnya :

(a) Mereka sedang berbincang tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
(b) Kami berbual tentang kemalangan yang berlaku tadi.
(c) Ceritanya tentang ketaatan kepada kedua-dua ibu bapa.

Kata sendi nama "tentang" juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk "mengenai". Mengikut buku Tatabahasa Dewan (2005), perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Misalnya :
(a) Panahan pemuda itu mengenai kera di atas pokok itu.
(b) Bola yang ditendangnya mengenai tiang gol.
(c) Penyakit ini mudah mengenai kanak-kanak.

Semoga pembaca dapat memahami perbezaan penggunaan kata "tentang" dan "mengenai" dalam lisan dan penulisan.

PENGGUNAAN "YANG" DALAM PEMBINAAN SOALAN PEPERIKSAAN

Kata "yang" dalam soalan peperiksaan

Analisis yang Munsyi jalankan terhadap penggunaan "yang" dalam soalan peperiksaan membuktikan bahawa penggunaan kata ini tidak konsisten. Hal ini berlaku kerana kalangan penggubal kurang pasti dan keliru tentang jumlah "yang" yang harus digunakan dalam soalan. Ada kalangan mereka berpendapat bahawa "yang" tidak boleh digunakan lebih daripada sekali dalam sesuatu ayat. Alasan yang diberikan ialah soalan tersebut akan kelihatan janggal dan tidak gramatis. Selain itu, ada juga yang secara sinis menyatakan pandangan seperti yang berikut "Bolehkah kita menggunakan kata ini banyak kali dalam ayat?", "Tak sedaplah gunakan kata ini banyak kali", "Macam tak kena aje", "Tak gramatislah ayat ini", dan seumpamanya.

Dengan berdasarkan petikan contoh soalan yang berikut, marilah sama-sama kita meneliti dan menganalisis penggunaan "yang" dan menentukan ketepatan penggunaannya mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu.

Contoh soalan objektif
 1a. Yang berikut ialah kata tunggal tiga suku kata kecuali     (betul)
       Soalan di atas sering ditulis seperti yang berikut :

 1b.  Berikut ialah kata tunggal tiga suku kata kecuali             (salah)  

Deskripsi :

Dalam soalan 1a. di atas, Munsyi mendapati perkataan "yang" digunakan sekali sahaja dan ditulis pada permulaan ayat. Fungsi "yang" dalam ayat di atas ialah sebagai subjek, iaitu penanda Frasa Nama (FN).
Ayat di atas sebenarnya berasal daripada ayat yang berikut :
 1c. Kata tunggal yang berikut/ialah kata tunggal tiga suku kata kecuali
      (subjek)                               (predikat)

Dalam contoh ayat 1c di atas, perkataan kata tunggal yang berfungsi sebagai subjek telah mengalami pengguguran kerana perkataan tersebut merujuk kepada perkara yang sama, iaitu kata tunggal pada bahagian predikat. Oleh sebab itu, perkataan "yang" digunakan sebagai pengganti nama kepada tunggal yang telah digugurkan. Malangnya, rumus ini tidak dipatuhi oleh pengguna kerana sesetengahnya menganggap penggunaan "yang" pada permulaan ayat sebagai janggal atau tidak gramatis. Akibatnya, pengguna akan cenderung membina soalan seperti yang berikut :

 1d.  Berikut / ialah kata tunggal tiga suku kata kecuali
         (subjek)               (predikat)

Deskripsi

Ayat di atas salah kerana tidak mempunyai subjek selain tidak menepati rumus tatabahasa bahasa Melayu, iaitu binaan subjek mesti terdiri daripada Frasa Nama. Dalam ayat di atas, Munsyi mendapati penggubal soalan telah menggunakan frasa yang salah, iaitu Frasa Kerja "Berikut" untuk mengisi binaan subjek.

Contoh lain :

 1e.  Berikut merupakan maklumat yang perlu diaplikasi dalam penulisan rencana kecuali
 1f.   Berikut ialah perkataan-perkataan yang mengandungi morfem terikat kecuali
 1g.  Berikut ialah proses yang berlaku apabila seseorang itu membaca kecuali
 1h.  Berikut ialah beberapa pengertian bacaan ekstensif kecuali
 1i.   Berikut ialah aspek-aspek yang diliputi dalam ujian kesediaan membaca kecuali

Kesimpulan

Perkataan "yang" mempunyai pelbagai fungsi. Oleh hal yang demikian, pengguna perlu membiasakan diri dengan mematuhi rumus yang telah ditetapkan. Munsyi berharap agar penggubal mesti memberi penekanan kepada kualiti kandungan kertas peperiksaan dan aspek bahasa. Menerusi cara ini, sesuatu kertas peperiksaan terjamin dari segi kualiti kandungannya. Pesanan Munsyi "Biasakanlah yang betul dan betulkanlah yang biasa".